Sabtu, 09 Mei 2009

The Virgin - my fav one now.. after Kotak Band



hehehe serius dalam minggu lepas aku da mula jatuh cinta dengan grup duo The Virgin. Asal dari Indonesia. dianggotai oleh Mitha dan Dara. suka sangat tengok mereka berdua. okey aku citer sikit pasal dorang ni ek. :) Kalau tak silap aku, The Virgin ditubuhkan pada januari 2009 oleh Ahmad Dhani. sebelumnya Mitha adalah gitaris dan juga backing vokal bagi band The Rock Indonesia dan Dara adalah artis dari rancangan realiti Mamamia 2008 dan kemudiannya juga menjadi backup vokal The Rock Indonesia. Mitha keren bgt main gitar taw.. suka tengok gaya dia bermain gitar.. cute je muka.. hehehe..
Kalau siapa yang perasan lah kan dan ada tgk show Ahmad Dhani dan Band The Rock Indonesia kat Kuala Lumpur tak silap aku last year kot, Mitha ada Dara pun ada juga.. maka kemudian mereka berdua digabungkan menjadi satu duo grup baru iaitu The Virgin. The Virgin baru saja mengeluarkan 2 single mereka iaitu Cinta Terlarang dan juga Belahan Jiwa. Kedua-dua lagu ini dicipta sendiri oleh Mitha. Mitha baru berusia 23 tahun manakala Dara hanya baru berusia 17 tahun. muda lagi kan? hehehe.. Lagu ni sedang meletup2 kat Indonesia sana taw. Selalu diundang untuk show-show.

kat topik bawah tu ada aku paste kan video klip The Virgin Cinta Terlarang. tapi kalau nak tgk banyak lagi video klip dorang, boleh g tgk kat youtube. search je kat situ The Virgin Cinta Terlarang, sure banyak kuar video2 dorang. :)

Ada siapa-siapa yang mahu Chords Gitar Cinta Terlarang dan Chords Gitar Belahan Jiwa tak? aku ada cari-cari chords lagu Cinta Terlarang dan Belahan Jiwa. dekat internet tapi tak ada siapa lagi pun yang pernah letak kat blog dorang atau kat site2 download. akhirnya aku amek keputusan carik sendiri.

puas try kat gitar aku tu.. last2 aku geram tak dapat gak guna hearing aku pun terus donlod easychord kat internet. then generate je kat winamp. tapi tak tahu lah betul ke tak, itu yang paling dekat aku rasa macam kena je.. tergeliat geliat jari nak wat chords2nya.. tepaksa aku g tanya papa aku camne nak wat chords lagu dua dua tu.. nasib baik papa aku rajin nak ajar malam kelmarin. so harap-harap nanti jari kiri ni tak tergeliat masa nak tekan chords gitar. hahahaha... nanti aku paste kan kat sini ye. hehehe, mitha, kalau chord gitarnya salah, minta dibetulkan ya. ehehehe.

macam lah mitha nak baca blog aku ni.. tapi aku dah add mitha kat facebook dan mitha dah approve dah.. hehehe.. :) Dara pun aku dah add dan tunggu dia approve sebab aku sure ramai yang add diorang berdua. Dara dah approve adik aku punya rekues. so terpaksa la aku bersabar. tadi tengahari sempat adik aku chat sikit dengan Dara di facebook. minta dia approvekan aku punya rekues. tak sangka Dara reply dan dia cakap bisa.. hehehehe.. :) tengok korang sure leh bayangkan aku tengah tersengih sengih nih.. hahahahaha... okeylah ni gambar2 mereka berdua. :) minjam ya donk mitha n dara gambarnya.. :)


dara dan mitha



mitha dan dara

Tidak ada komentar:

Posting Komentar